Search by product

Search by brand

Pages

Search This Blog

Showing posts with label segmen blogger. Show all posts
Showing posts with label segmen blogger. Show all posts

Sunday, 28 February 2016

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

Klik banner untuk join

Jom join bloglist nie..

Syarat-syaratnya :
 Follow blog azlindaalin,   
Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  


Masukkan blog www.azlindaalin.com ke dalam bloglist anda.

Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen DI SINI

10 bloglists akan di pilih. Keputusan pemenang akan di beritahu pada 1 Mac 2016. Akan di masukkan teruske dalam bloglists www.azlindaalin.com dan InsyaAllah Azlinda Alin akan blogwalking setiap hari.

Tarikh mula dari 26 Februari 2016(Jumaat) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin, Jam 11 Malam). 

Senang je,kan...

Wednesday, 24 February 2016

"SEGMEN : "JOM SOLAT"

KLIK BANNER UNTUK JOIN

16 jenis solat sunat:-
1. Sunat Rawatib 
- iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:

a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya';

b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Sunat Dhuha 
- solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Sunat Witir 
- solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Sunat Tahajjud 
- solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Sunat Tasbih 
- solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari.

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Sunat Hajat 
- solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid 
- solat ketika memasuki masjid.

8. Sunat Taubat 
- solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar.

9. Sunat Musafir 
- solat sebelum keluar untuk bermusafir.

10. Sunat Hari Raya 
- solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua.

11. Sunat Tarawih 
- solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.

12. Sunat Istikharah 
- solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

13. Sunat Mutlaq 
- solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya, juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya.

14. Sunat Wuduk 
- solat selepas mengerjakan wuduk.

15. Sunat Khusuf (Gerhana) 
- solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

16. Sunat Istisqa' (Minta Hujan) 
- solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.

Tuesday, 23 February 2016

Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom ramai-ramai join segmen Cik Yanie.. Semoga berjaya :D


Sunday, 21 February 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^